Pages

Sunday 13 March 2011

Hamidah :: Kemahiran Hidup :: Pengurusan Ternakan Ikan

DESIGN 1

Ok…Sekarang kita bercerita plak berkenaan design saya…hehe…Ketiga–tiga design saya ini sama konsepnya…Design 1 ini, saya namakan sebagai FISH GARDENdengan menukarkan tasik proton kepada taman penternakan ikan yang sentiasa dipantau oleh oleh badan-badan terlibat…Sebab itu saya letakkan kolam penternakan ikan, tumbuhan-tumbuhan dan landskap untuk taman…Idea ini saya perolehi bila tengok pasal penternakan ikan di internet…Fikir dan fikir lagi, rasa macam ok je bila buat fish garden ni…Kalau nak tahu, Fish garden ini sebenarnya penternakan ikan di dalam atau dikelilingi taman…Jadi, pengunjung atau masyarakat setempat boleh datang melihat dan belajar mengenai penternakan ikan dan pengurusannya seperti mengenal jenis-jenis ikan, jenis makanan, kaedah pemberian makanan dan lain-lain, serta boleh beristirehat seketika di sini…Kita juga boleh lihat adanya rumah-rumah yang dibina di atas air...Ia dibina sebagai pusat aktiviti dan pengunjung juga boleh berjalan di sekeliling kolam penternakan ikan ini untuk melihat dengan lebih dekat...Di samping itu, ada juga kolam-kolam ikan di bahagian belakang rumah yang dibina untuk menempatkan ikan dan ia diasingkan mengikut tahap perkembangan ikan tersebut…Fish garden juga turut menjual hasil penternakannya, jadi pengunjung yang datang boleh belajar (merasai sendiri macam mana menternak ikan) dan membeli ikan sekaligus…2 dalam satu…hehe…

DESIGN 2

Untuk Design 2…konsepnya masih sama iaitu penternakan ikan air tawar dan ada juga sedikit landskap untuk taman…Cuma yang ini lebih menampakkan kolam ternakan ikan kerana ia terletak dibahagian hadapan…Ia juga terbahagi kepada beberapa kolam dan diasingkan mengikut tahap perkembangan ikan...jadi, pengunjung atau masyarakat setempat boleh merasai dan melihat sendiri bagaimana penternakan ikan dan pengurusan penternakan ikan dijalankan…hehe 

DESIGN 3

Ok…Kita pergi pula kepada design 3…hehe…Design ini juga saya namakan ia sebagai FISH GARDEN…Tujuannya juga sama, proses pembelajaran mengenai selok-belok penternakan ikan, dan pengurusannya kepada pengunjung serta masyarakat setempat masih berlaku…Pengunjung juga boleh berjalan di sekitar kolam penternakan ikan untuk melihat sendiri dengan lebih dekat dan sekaligus beriadah di sini…Saya turut meletakkan kolam ikan yang boleh nampak ikannya…haha… Saya letakkan juga kanak-kanak, orang dewasa kerana saya merasakan ia boleh dikunjungi dan sesuai untuk semua peringat umur…Jadi…jangan risau membawa anak-anak anda ke sana…hehe… 


12 comments:

  1. bgs design awk buat...jadi mcm tenang je mata memandang...tgk keindahan landskap yg dipenuhi dengan bunga-bungaan

    ReplyDelete
  2. kolam awak nmpk cantik bila tengggelam kat dalam air..ikan peliharaan x kuar ke dari kolam?

    ReplyDelete
  3. kalau ikan kuar, moh ler kita pakat kutip ramai2, kita bako jee..haha.. tp sy pn suka tgk design2 awk ni, tenang je. bersantai ptg2 best ni.. :)

    ReplyDelete
  4. blh..blh..nanti kita kutip ramai-ramai ek..hehe..apa-apapun,suka dengan design awak, sesuai dengan namanya..cuma, tambahkan lagi landskap taman 2, mesti bertambah cantik..:)

    ReplyDelete
  5. nice design..sesuai sebagai tempat rekreasi dan bersantai selain tempat ternakan ikan..:)

    ReplyDelete
  6. emmmm..bestnya tasik dikelilingi taman..tenang..

    ReplyDelete
  7. bagus gak ek idea kolam ikan + garden..boleh gak wt kt laman umah..alang2 ade landskap bleh la bela ikan sekali..wt makan nyum3..hehe..

    ReplyDelete
  8. teman karib : terima kasih, x ada la bagus sangat, design ringkas je, sesuai la dengan saya yang baru berjinak-jinak dengan photopshop ni..hehe

    selipar jepun : kolam 2 untuk ikan yang dah besar..jadi x ada masalahpun jika ikan keluar, kolam tu cumalah landskap dalam air je, yang sebelah kiri tu kolam untuk ikan pada tahap perkembangan yang lain (yang masih kecil)..ikan tu barula tak boleh dibiarkan keluar dari kolamnya..:)

    ReplyDelete
  9. Effy Honey : terima kasih..memang sesuai sekali dan memang khas untuk penternakan ikan dan juga beriadah..dua-dua sekali boleh

    ReplyDelete
  10. anonymous :
    terima kasih.. saya tidak letakkan terlalu banyak lansdkap taman sebab tak nak nampak berserabut..cuma, saya letakkan serba sedikit supaya bersesuaian dengan konsep saya..ringkas tetapi tetap menarik :)

    ReplyDelete
  11. anonymous :
    Terima kasih, memang khas untuk penternakan ikan dan beriadah.. dua-dua boleh..lagipun, sambil datang beriadah boleh belajar atau tambah ilmu pasal pengurusan penternakan ikan..

    Tasik dikelilingi taman memang best..sejuk mata memandang..

    Memang menarik kolam ikan + garden ni.. kalau nak buat di laman umah, boleh buat mini fish garden.. laman umah pasti bertambah cantik dan boleh jadi tempat sekeluarga bersantai:)

    ReplyDelete
  12. Design lawa...tenang..sesuai untuk penternakan and riadah... cuma, maybe boleh tambahkan ciri-ciri keistimewaan....contohnya wujudkan playground di kawasan sekitar yang sesuai...so, orang dewasa ada something to do...kanak-kanak pun sama....but, one thing ...ciri-ciri keselamatan perlu ada..:)

    ReplyDelete