Pages

Monday 18 April 2011

MODUL PEMBELAJARAN

Modul Pembelajaran Interaktif semakin popular dan mendapat tempat di hati pelajar. Modul  ini dicipta bagi memberi kelainan dan memberi keseronokan serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Moga dimanfaatkan oleh semua!
























Thursday 17 March 2011

Hanisah :: Kemahiran Hidup :: Pengurusan Ternakan Ikan

DESIGN 1

Ni lah dia Proton Fish Centre yang akan jadi tempat tumpuan manusia-manusia di sekitar Tanjung Malim khusunya dan seluruh rakyat Malaysia amnya...hurm, macam hebat je bunyi nye..tapi kenyataannya memang hebat pun..:) kalau korang nak tahu, proton Fish centre ni bukan saje mempunyai kawasan penternakan ikan yang luas, malahan di kawasan ni jugak ada sebuah bangunan yang mane dalam bangunan tu korang boleh belajar macam-macam benda yang berkaitan nga ikan ni..korang nak tahu pasal jenis ikan ke, cara nak menternak ikan ke..makanan ikan ke..atau ape-ape jelah..sumenya tersedia disini. pendek kata kawasan ni memang bagus sangat untuk dijadikan pusat pembelajaran berkaitan penternakan ikan. so, kalau datang ke Proton Fish Centre ni bukan je dapat menikmati pemandangan yang indah tapi ilmu pun dapat...kan beruntung namenya tu...! :)

DESIGN 2

Untuk design yang ke-2 ni pulak namanye Proton Aquaria.  Disekitar tasik ni disediakan dengan landskap yang menarik untuk pengunjung-pengunjung yang datang kesini. Seperti yang korang dapat lihat..kat dalam tasik tu ada banyak sangat sangkar ikan. Macam-macam ikan yang diternak disini..bagi pengunjung yang datang tu...nak beli boleh..nak tengok-tengok aje pun boleh...:). Selain tu jugak, kat area ni terdapat sebuah bangunan yang tersergam indah yang diberi nama Proton Aquaria. Semua pengurusan dalam bangunan tu berkaitan dengan ikan..kalo nak citer satu2 kn panjang pulak jdnye..tp yang pastinya kunjungan ke Proton Aquria ni mesti tak sia2..tak buang minyak derr..:) 


DESIGN 3

Santai...itulah suasana yang cuba digarap dalam design ni..sebuah kawasan penternakan ikan  yang luas dan disediakan  tempat2 khas untuk pengunjung yang datang kesini untuk rileks2 smbil menikmati pemandangan yang indah disekitarnye..sebuah bangunan yang berfungsi sebagai sebuah tempat yang menyediakan segala maklumat tentang pengurusan penternakan ikan juga dibina disini..nama bangunan tu Proton Aquaria. Kawasan penternakan yang dibina ini sebenarnye sangat bermanfaat kepada seluruh community di sekitar kawasan ini.

Monday 14 March 2011

Siti Maryam :: Kemahiran Hidup :: Pengurusan Ternakan Ikan


DESIGN 1
:: Aqua Center ::

Design ini lebih kepada memberi pengetahuan kepada masyarakat di sekitar mengenai pengurusan ternakan ikan air tawar (macam galeri la lebih kurang...)
Pengunjung boleh melihat sendiri penternakan ikan air tawar sebagai satu kaedah pembelajaran sekiranya berminat untuk menceburi bidang ini (yang tak berminat boleh je tengok2 sebagai pengetahuan)
Di sini terdapat proses bagaimana ikan air tawar diternak. 
Selain itu, pengunjung juga disajikan dengan keindahan landskap yang terdapat di sekitarnya.


DESIGN 2
:: One Stop Aqua Centre ::

Design ini direka khas bagi penggemar ikan air tawar yang inginkan kelainan suasana ketika memancing.
Terdapat pelbagai jenis ikan air tawar di tasik ini (sebut nak ikan ape?)
Tidak perlu risau menunggu lama untuk mendapat ikan (sediakan umpan yang bersesuaian ye..ahaks ;p..)
Selain dari aktiviti memancing, pengunjung juga boleh bersantai sambil menikmati keindahan tasik di Proton City, khasnya bagi yang ingin merehatkan minda (kalau nak release tension boleh lah tu :p...)


DESIGN 3

:: Pusat Penternakan Ikan ::



Design ini direka khas bagi yang gemarkan aktiviti rekreasi  terutama bersama keluarga atau rakan-rakan.
Di pusat ini terdapat aktiviti memancing dan juga berkayak bagi sesiapa yang berminat dengan kedua-dua aktiviti ini.
Pusat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian memancing di sebelah hadapan manakala bahagian berkayak di sebelah belakang.
Terdapat juga tempat untuk mereka yang suka berjoging dengan mengelilingi tasik sambil menikmati keindahan alam semulajadi. 
Suasana yang nyaman dan tenang pasti menarik minat para pengunjung yang ingin bersantai.







Sunday 13 March 2011

Nazizah :: Kemahiran Hidup :: Pengurusan Ternakan Ikan

DESIGN 1
Design pertama ini direka khas untuk menarik minat penduduk tempatan dalam menambah pengetahuan mengenai pengurusan ikan air tawar. Terdapat jambatan yang dibina untuk memudahkan para pengunjung  melihat ikan-ikan air tawar yang ditempatkan di dalam aquarium yang terletak di tengah-tengah tasik. Di samping itu, terdapat juga sebuah galeri yang dikenali sebagai Aquaria dibina bagi menarik minat pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis ikan air tawar dan kitaran hidup ikan air tawar. Dengan adanya projek seperti ini, bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada komuniti di kawasan ini, malah di sekitar kawasan yang lain.

DESIGN 2
Design kedua ini pula dikenali sebagai Aqua Farm. Di Aqua Farm ini terdapat kolam-kolam ikan ait tawar yang telah diasingkan mengikut tahap perkembangan ikan. Jadi para pengunjung boleh melihat sendiri tahap-tahap perkembangan ikan yang terdapat di Aqua Farm  dan cara pembiakan ikan-ikan ini. Di samping itu, terdapat juga sebuah kioks yang digunakan sebagai tempat penjualan ikan untuk ikan yang hendak dipelihara dan lain-lain. Terdapat juga aktiviti yang boleh dijalankan oleh komuniti di sini seperti memancing dan memberi makanan kepada ikan. Dengan aktiviti seperti ini, dapatlah penduduk di sini  menambah pengetahuan di samping mengeratkan tali silaturrahin antara satu sama lain.
DESIGN 3
Untuk design ketiga pula, projek ini dikenali sebagai Fish Farm. Fish Farm ini direka khas untuk menarik minat pengunjung yang meminati perusahaan ikan air tawar ini. Terdapat jambatan yang didirikan untuk kegunaan pengunjung melihat kolam-kolam ikan yang terdapat di dalam tasik ini. Selain itu, sebuah bangunan yang dikenali sebagai Fish Farm didirikan yang menempatkan pelbagai jenis ikan air tawar dan juga kitaran hidup ikan sebagai proses pengajaran bagi komuniti yang datang ke taman ini. Dengan adanya aktiviti seperti ini, masyarakat komuniti ini dapat mengisi masa terluang dengan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti memacing dan juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan ikan.

Hamidah :: Kemahiran Hidup :: Pengurusan Ternakan Ikan

DESIGN 1

Ok…Sekarang kita bercerita plak berkenaan design saya…hehe…Ketiga–tiga design saya ini sama konsepnya…Design 1 ini, saya namakan sebagai FISH GARDENdengan menukarkan tasik proton kepada taman penternakan ikan yang sentiasa dipantau oleh oleh badan-badan terlibat…Sebab itu saya letakkan kolam penternakan ikan, tumbuhan-tumbuhan dan landskap untuk taman…Idea ini saya perolehi bila tengok pasal penternakan ikan di internet…Fikir dan fikir lagi, rasa macam ok je bila buat fish garden ni…Kalau nak tahu, Fish garden ini sebenarnya penternakan ikan di dalam atau dikelilingi taman…Jadi, pengunjung atau masyarakat setempat boleh datang melihat dan belajar mengenai penternakan ikan dan pengurusannya seperti mengenal jenis-jenis ikan, jenis makanan, kaedah pemberian makanan dan lain-lain, serta boleh beristirehat seketika di sini…Kita juga boleh lihat adanya rumah-rumah yang dibina di atas air...Ia dibina sebagai pusat aktiviti dan pengunjung juga boleh berjalan di sekeliling kolam penternakan ikan ini untuk melihat dengan lebih dekat...Di samping itu, ada juga kolam-kolam ikan di bahagian belakang rumah yang dibina untuk menempatkan ikan dan ia diasingkan mengikut tahap perkembangan ikan tersebut…Fish garden juga turut menjual hasil penternakannya, jadi pengunjung yang datang boleh belajar (merasai sendiri macam mana menternak ikan) dan membeli ikan sekaligus…2 dalam satu…hehe…

DESIGN 2

Untuk Design 2…konsepnya masih sama iaitu penternakan ikan air tawar dan ada juga sedikit landskap untuk taman…Cuma yang ini lebih menampakkan kolam ternakan ikan kerana ia terletak dibahagian hadapan…Ia juga terbahagi kepada beberapa kolam dan diasingkan mengikut tahap perkembangan ikan...jadi, pengunjung atau masyarakat setempat boleh merasai dan melihat sendiri bagaimana penternakan ikan dan pengurusan penternakan ikan dijalankan…hehe 

DESIGN 3

Ok…Kita pergi pula kepada design 3…hehe…Design ini juga saya namakan ia sebagai FISH GARDEN…Tujuannya juga sama, proses pembelajaran mengenai selok-belok penternakan ikan, dan pengurusannya kepada pengunjung serta masyarakat setempat masih berlaku…Pengunjung juga boleh berjalan di sekitar kolam penternakan ikan untuk melihat sendiri dengan lebih dekat dan sekaligus beriadah di sini…Saya turut meletakkan kolam ikan yang boleh nampak ikannya…haha… Saya letakkan juga kanak-kanak, orang dewasa kerana saya merasakan ia boleh dikunjungi dan sesuai untuk semua peringat umur…Jadi…jangan risau membawa anak-anak anda ke sana…hehe… 


Rohana :: Kemahiran Hidup :: Pengurusan Ternakan Ikan

DESIGN 1

:: PROTON AQUA CENTER ::

Pusat ini menyediakan kolam ternakan ikan yang diusahakan secara komersial untuk tujuan riadah dan penyelidikan. Kawasan ini dilengkapi dengan makmal sebagai tempat untuk menyelidik dan mengkaji segala hal berkaitan perikanan. Selain itu, ia juga menempatkan bangunan pentadbiran yang canggih selaras dengan perkembangan industri perikanan di Malaysia. Pusat ini dibuka kepada umum sepanjang minggu untuk memperlihatkan proses pengembangan ikan serta beriadah bagi seisi keluarga. Selain memberi pengetahuan kepada penduduk setempat, ia memberi sumbangan dalam bidang pelancongan.

DESIGN 2

:: PUSAT AKUATIK PROTON CITY ::

Walaupun teknologi dalam bidang perikanan semakin maju, Pusat Akuatik Proton City ini masih mengekalkan sistem penternakan secara konvensional kerana yakin akan hasil dan mutu ikan adalah di tahap yang baik. Namun begitu, pusat akuatik ini menyediakan kolam ikan hiasan sebagai titik tumpu dalam usaha menjadikan pusat akuatik ini sebaris dengan tempat pelancongan yang lain.
DESIGN 3

:: PUSAT PERIKANAN PROTON CITY ::

Satu usahasama antara Jabatan Perikanan dan Kementerian Pelancongan akan menghasilkan satu tapak perikanan yang boleh memberi manfaat kepada penduduk sekitar. Pusat Perikanan Proton City ini dilengkapi dengan sistem penternakan yang diuruskan secara sukarela. Namun begitu, terdapat organisasi khas yang memantau aktiviti perikanan di samping menyelenggara kolam dan kawasan sekitar bagi menjamin kebersihan dan keselamatan pengunjung.

Jom Tengok Ikan

Projek ternakan ikan air tawar menggunakan sangkar terapung di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu.
Jenis ikan yang dipelihara adalah seperti, Talapia Merah, Patin, Baung, Puyu, Jelawat, Kelah & Keli. Setiap sangkar dengan keluasan 4 meter x 4 meter dengan kedalaman 15 kaki setiap sangkar. Apa yang menarik adalah keadaan air yang amat jernih hingga dapat dilihat sedalam 15 kaki tanpa masalah & ikan yang diternak berkeadaan sihat, bersih & tiada bau.