Pages

Sunday, 13 March 2011

Nazizah :: Kemahiran Hidup :: Pengurusan Ternakan Ikan

DESIGN 1
Design pertama ini direka khas untuk menarik minat penduduk tempatan dalam menambah pengetahuan mengenai pengurusan ikan air tawar. Terdapat jambatan yang dibina untuk memudahkan para pengunjung  melihat ikan-ikan air tawar yang ditempatkan di dalam aquarium yang terletak di tengah-tengah tasik. Di samping itu, terdapat juga sebuah galeri yang dikenali sebagai Aquaria dibina bagi menarik minat pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis ikan air tawar dan kitaran hidup ikan air tawar. Dengan adanya projek seperti ini, bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada komuniti di kawasan ini, malah di sekitar kawasan yang lain.

DESIGN 2
Design kedua ini pula dikenali sebagai Aqua Farm. Di Aqua Farm ini terdapat kolam-kolam ikan ait tawar yang telah diasingkan mengikut tahap perkembangan ikan. Jadi para pengunjung boleh melihat sendiri tahap-tahap perkembangan ikan yang terdapat di Aqua Farm  dan cara pembiakan ikan-ikan ini. Di samping itu, terdapat juga sebuah kioks yang digunakan sebagai tempat penjualan ikan untuk ikan yang hendak dipelihara dan lain-lain. Terdapat juga aktiviti yang boleh dijalankan oleh komuniti di sini seperti memancing dan memberi makanan kepada ikan. Dengan aktiviti seperti ini, dapatlah penduduk di sini  menambah pengetahuan di samping mengeratkan tali silaturrahin antara satu sama lain.
DESIGN 3
Untuk design ketiga pula, projek ini dikenali sebagai Fish Farm. Fish Farm ini direka khas untuk menarik minat pengunjung yang meminati perusahaan ikan air tawar ini. Terdapat jambatan yang didirikan untuk kegunaan pengunjung melihat kolam-kolam ikan yang terdapat di dalam tasik ini. Selain itu, sebuah bangunan yang dikenali sebagai Fish Farm didirikan yang menempatkan pelbagai jenis ikan air tawar dan juga kitaran hidup ikan sebagai proses pengajaran bagi komuniti yang datang ke taman ini. Dengan adanya aktiviti seperti ini, masyarakat komuniti ini dapat mengisi masa terluang dengan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti memacing dan juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan ikan.

13 comments:

  1. comelnyer landskap ni...yang warna merah kat design 1 tu gapo?

    ReplyDelete
  2. ada galeri juga ke kat tempat ni

    ReplyDelete
  3. Fish Farm tu macam best jek. nk masuk kena bayar x? overall, meletop la design2 ni...

    ReplyDelete
  4. ummm setuju la...Fish Farm 2 memang cantik..berada di atas air lak 2..nice design..

    ReplyDelete
  5. wauuuuuu...cantik, menarik n tertariknyeeeeee

    ReplyDelete
  6. saya lebih suka design yg ketiga kerana bangunan ikan yg comey

    ReplyDelete
  7. erm design yg ketiga cantik..cuma design yg kedua tu wrna jmbatan warna merah tu kelihatan tak berapa sesuai...mungkin kaler len lagi npk ok dan balance dgn bgunan

    ReplyDelete
  8. eh silap..design pertama bukan kedua yng dimksudkan td..yg ketiga sgt ok

    ReplyDelete
  9. idea yg menarik utk masa depan...

    ReplyDelete
  10. satu idea yang menarik yang mana menggabungkan elemen penternakan dalam taman.

    ReplyDelete
  11. sedap mata memandang. Macam tempat percutian keluarga.

    ReplyDelete
  12. kombinasi yang menarik menggabungkan konsep kolam dalam taman. cuma design 1 yang mana jambatan ditengah kolam rasanya kurang sesuai kot....

    ReplyDelete
  13. pada saya adalah satu idea yang berani dengan meletakkan terowong berjambatan ditengah kolam. pendekatan teknogi yang menarik. tahniah.............

    ReplyDelete