Pages
Thursday, 17 March 2011
Monday, 14 March 2011
Siti Maryam :: Kemahiran Hidup :: Pengurusan Ternakan Ikan
DESIGN 1 |
:: Aqua Center ::
Design ini lebih kepada memberi pengetahuan kepada masyarakat di sekitar mengenai pengurusan ternakan ikan air tawar (macam galeri la lebih kurang...)
Pengunjung boleh melihat sendiri penternakan ikan air tawar sebagai satu kaedah pembelajaran sekiranya berminat untuk menceburi bidang ini (yang tak berminat boleh je tengok2 sebagai pengetahuan)
Di sini terdapat proses bagaimana ikan air tawar diternak.
Selain itu, pengunjung juga disajikan dengan keindahan landskap yang terdapat di sekitarnya.
DESIGN 2 |
:: One Stop Aqua Centre ::
Design ini direka khas bagi penggemar ikan air tawar yang inginkan kelainan suasana ketika memancing.
Terdapat pelbagai jenis ikan air tawar di tasik ini (sebut nak ikan ape?)
Tidak perlu risau menunggu lama untuk mendapat ikan (sediakan umpan yang bersesuaian ye..ahaks ;p..)
Selain dari aktiviti memancing, pengunjung juga boleh bersantai sambil menikmati keindahan tasik di Proton City, khasnya bagi yang ingin merehatkan minda (kalau nak release tension boleh lah tu :p...)
Sunday, 13 March 2011
Nazizah :: Kemahiran Hidup :: Pengurusan Ternakan Ikan
DESIGN 1 |
Design pertama ini direka khas untuk menarik minat penduduk tempatan dalam menambah pengetahuan mengenai pengurusan ikan air tawar. Terdapat jambatan yang dibina untuk memudahkan para pengunjung melihat ikan-ikan air tawar yang ditempatkan di dalam aquarium yang terletak di tengah-tengah tasik. Di samping itu, terdapat juga sebuah galeri yang dikenali sebagai Aquaria dibina bagi menarik minat pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis ikan air tawar dan kitaran hidup ikan air tawar. Dengan adanya projek seperti ini, bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada komuniti di kawasan ini, malah di sekitar kawasan yang lain.
DESIGN 2 |
Design kedua ini pula dikenali sebagai Aqua Farm. Di Aqua Farm ini terdapat kolam-kolam ikan ait tawar yang telah diasingkan mengikut tahap perkembangan ikan. Jadi para pengunjung boleh melihat sendiri tahap-tahap perkembangan ikan yang terdapat di Aqua Farm dan cara pembiakan ikan-ikan ini. Di samping itu, terdapat juga sebuah kioks yang digunakan sebagai tempat penjualan ikan untuk ikan yang hendak dipelihara dan lain-lain. Terdapat juga aktiviti yang boleh dijalankan oleh komuniti di sini seperti memancing dan memberi makanan kepada ikan. Dengan aktiviti seperti ini, dapatlah penduduk di sini menambah pengetahuan di samping mengeratkan tali silaturrahin antara satu sama lain.
DESIGN 3 |
Untuk design ketiga pula, projek ini dikenali sebagai Fish Farm. Fish Farm ini direka khas untuk menarik minat pengunjung yang meminati perusahaan ikan air tawar ini. Terdapat jambatan yang didirikan untuk kegunaan pengunjung melihat kolam-kolam ikan yang terdapat di dalam tasik ini. Selain itu, sebuah bangunan yang dikenali sebagai Fish Farm didirikan yang menempatkan pelbagai jenis ikan air tawar dan juga kitaran hidup ikan sebagai proses pengajaran bagi komuniti yang datang ke taman ini. Dengan adanya aktiviti seperti ini, masyarakat komuniti ini dapat mengisi masa terluang dengan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti memacing dan juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan ikan.
Hamidah :: Kemahiran Hidup :: Pengurusan Ternakan Ikan
Rohana :: Kemahiran Hidup :: Pengurusan Ternakan Ikan
Jom Tengok Ikan
Projek ternakan ikan air tawar menggunakan sangkar terapung di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu.
Jenis ikan yang dipelihara adalah seperti, Talapia Merah, Patin, Baung, Puyu, Jelawat, Kelah & Keli. Setiap sangkar dengan keluasan 4 meter x 4 meter dengan kedalaman 15 kaki setiap sangkar. Apa yang menarik adalah keadaan air yang amat jernih hingga dapat dilihat sedalam 15 kaki tanpa masalah & ikan yang diternak berkeadaan sihat, bersih & tiada bau.
Jenis ikan yang dipelihara adalah seperti, Talapia Merah, Patin, Baung, Puyu, Jelawat, Kelah & Keli. Setiap sangkar dengan keluasan 4 meter x 4 meter dengan kedalaman 15 kaki setiap sangkar. Apa yang menarik adalah keadaan air yang amat jernih hingga dapat dilihat sedalam 15 kaki tanpa masalah & ikan yang diternak berkeadaan sihat, bersih & tiada bau.
Sistem Terkini Ternakan Ikan Air Tawar
kali ni aku nak share link pasal satu sistem ternakan ikan yang fleksibel, jimat dan menguntungkan. aku sendiri pun belum pernah tengok dengan mata kepala aku lagi tapi ini betul-betul bukan cubaan tau. kepada sesiapa yang berminat, boleh la hubungi En. Rozi Ismail untuk keterangan lanjut.
http://polyaqua.blogspot.com/
Friday, 11 March 2011
PHOTO MANIPULATION
Subscribe to:
Posts (Atom)