 |
DESIGN 1 |
:: Aqua Center ::
Design ini lebih kepada memberi pengetahuan kepada masyarakat di sekitar mengenai pengurusan ternakan ikan air tawar (macam galeri la lebih kurang...)
Pengunjung boleh melihat sendiri penternakan ikan air tawar sebagai satu kaedah pembelajaran sekiranya berminat untuk menceburi bidang ini (yang tak berminat boleh je tengok2 sebagai pengetahuan)
Di sini terdapat proses bagaimana ikan air tawar diternak.
Selain itu, pengunjung juga disajikan dengan keindahan landskap yang terdapat di sekitarnya.
 |
DESIGN 2 |
:: One Stop Aqua Centre ::
Design ini direka khas bagi penggemar ikan air tawar yang inginkan kelainan suasana ketika memancing.
Terdapat pelbagai jenis ikan air tawar di tasik ini (sebut nak ikan ape?)
Tidak perlu risau menunggu lama untuk mendapat ikan (sediakan umpan yang bersesuaian ye..ahaks ;p..)
Selain dari aktiviti memancing, pengunjung juga boleh bersantai sambil menikmati keindahan tasik di Proton City, khasnya bagi yang ingin merehatkan minda (kalau nak release tension boleh lah tu :p...)
 |
DESIGN 3
:: Pusat Penternakan Ikan ::
Design ini direka khas bagi yang gemarkan aktiviti rekreasi terutama bersama keluarga atau rakan-rakan. Di pusat ini terdapat aktiviti memancing dan juga berkayak bagi sesiapa yang berminat dengan kedua-dua aktiviti ini. Pusat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian memancing di sebelah hadapan manakala bahagian berkayak di sebelah belakang. Terdapat juga tempat untuk mereka yang suka berjoging dengan mengelilingi tasik sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Suasana yang nyaman dan tenang pasti menarik minat para pengunjung yang ingin bersantai.
|